CARA-CARA MENGGUNAKAN OVULATION TEST (OPK)
Apa itu ovulation test?????
Ovulation test digunakan untuk mengesan
waktu subur bagi anda yang merancang untuk hamil. Ini kerana apabila anda bersama dengan pasangan pada waktu subur, kebarangkalian untuk hamil adalah tinggi dengan syarat kedua-dua pasangan sihat dan subur...insyaallah...Opk perlu digunakan setiap hari sehingga dapat double line yang jelas dan terang.
Bila Nak mulakan OPK?
1) Pertama sekali, anda
perlu tentukan kitaran haid anda iaitu bilangan hari dari haid pertama anda sehingga
haid yang seterusnya.
2) Sila rujuk carta di
bawah bagi menentukan bilakah hari yang sesuai untuk gunakan ovulation test
berdasarkan kitaran haid anda.
sebagai contoh: jika kitaran haid anda 28
hari, maka boleh mula menggunakan test pada hari ke 11 dari hari pertama
keluarnya darah haid.
REMEMBER!!!! hari yang
dicadangkan di bawah dikira dari hari pertama haid yang banyak dan bukan tompok2 atau coklat2 dan juga BUKAN dikira
dari hari habis haid.
Tempoh kitaran haid
|
Mula gunakan strip pada
|
21 hari
|
Hari ke 6
|
22 hari
|
Hari ke 6
|
23 hari
|
Hari ke 7
|
24 hari
|
Hari ke 7
|
25 hari
|
Hari ke 8
|
26 hari
|
Hari ke 9
|
27 hari
|
Hari ke 10
|
28 hari
|
Hari ke 11
|
29 hari
|
Hari ke 12
|
30 hari
|
Hari ke 13
|
31 hari
|
Hari ke 14
|
32 hari
|
Hari ke 15
|
33 hari
|
Hari ke 16
|
34 hari
|
Hari ke 17
|
35 hari
|
Hari ke 18
|
36 hari
|
Hari ke 19
|
37 hari
|
Hari ke 20
|
38 hari
|
Hari ke 21
|
39 hari
|
Hari ke 22
|
40 hari
|
Hari ke 23
|
41 hari
|
Hari ke 24
|
42 hari
|
Hari ke 25
|
3) Jika cycle anda 28
hari, bagi yang merancang untuk dapat anak, anda boleh start test pada hari ke
11 dari hari pertama period dan teruskan ujian sehingga hari dimana anda dapat
double line yang jelas dan sangat terang dan bukan kabur2…, jika result positif
(double line) bermakna anda tengah subur dan anda bolehlah bersama dengan
pasangan dalam tempoh selepas 24 jam – 48 jam…..tetapi tidak melebihi 48 jam…
4) Bagi yang ingin
mengawal kehamilan secara semulajadi, anda dilarang bersama dengan pasangan
jika result positif kerana pada waktu itu anda dijangkakan tengah subur.
5) Bagi mereka yang tidak
tahu bilangan kitaran haid atau kitaran haid yang tidak menentu, anda boleh
start test pada hari ke 11 selepas period. Boleh teruskan test sehingga
Ovulation test menjadi positif.
Jika kitaran haid anda sangat tidak
normal seperti kadang-kadang datang tiap-tiap bulan dan kadang-kadang 2 bulan
sekali baru datang anda perlu refer kepada kitaran haid yang paling pendek
dalam tempoh 6 cycle.
pastikan anda rekod tarikh-tarikh period
sekurang-kurangnya 6 cycle yang lepas.
6) jika result harini negatif=
kabur2=samar2, sila ulangi test setiap hari pada waktu yang sama sehingga dapat
double line yang jelas dan terang.
jika harini anda mulakan ujian pada jam 5
ptg, maka pada keesokannya juga anda perlu test pada 5 ptg juga supaya
perbandingan keputusan boleh dibuat.
6) Waktu yang sesuai
menggunakan OPK adalah dari 10 pagi hingga 8 pm (kontra dengan hcg).
Jangan gunakan sample urine pada awal pagi
!!!!!!!!!!!!!
KAMI CADANGKAN BUAT OPK PADA WAKTU PETANG
ANTARA JAM 4-7 KERANA PADA WAKTU ITU KITA KURANG MAKAN DAN MINUM, JADI URINE
ADALAH PEKAT….ATAU ANDA BOLEH BUAT OPK PADA WAKTU YANG ANDA RASA KURANG MAKAN
DAN MINUM DARI JAM 10 PG HINGGA 8 MALAM.
7) SILA KURANGKAN PENGAMBILAN AIR SELAMA 2
JAM SEBELUM TEST, LAGI LAMA LAGI BAGUS AGAR URINE PEKAT DAN SENANG NAK DETECT
DAN KURANGKAN BUANG AIR SEBELUM TEST.
Wallahu a’lam
No comments:
Post a Comment